Aktiviti Hal Ehwal Pelajar

Aktiviti 2022

MAJLIS ALUAN PELAJAR ASASI UTM SESI 2022/2023

22 Disember 2022

Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima kehadiran 90 orang pelajar baharu bagi program Asasi.

Kesemua pelajar ini telah diraikan dalam satu Majlis Aluan Pelajar yang telah di adakan secara hybrid di Bilik Latihan Eksekutif, UTMSPACE Kuala Lumpur dan Bilik Seminar, UTMSPACE Johor Bahru. Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE merangkap Pengerusi SPACE UTM telah meluangkan masa bagi memberikan sedikit ucapan bagi mengalukan kedatangan pelajar baharu tersebut secara dalam talian yang dipancarkan terus daripada pejabat beliau. Pelbagai taklimat yang berkaitan telah disusun dalam majlis ini antaranya ialah
taklimat skim perlindungan takaful insurans, peraturan kewangan UTMSPACE, pembelajaran dalam talian, taklimat perkhidmatan ICT, perpustakaan, pusat kesihatan universiti, keselamatan dan juga taklimat berkaitan dengan akademik. Taklimat ini talah disampaikan oleh wakil setiap pusat, bahagian dan unit. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Asasi, Sesi 2022/2023.

PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN JALAN RAYA: MUAMMAR HAFIZ BIN ABDUL NAIN

16 Oktober 2022

Pada 5 Jan 2022, seorang pelajar program Sarjana Muda Separuh Masa SPACE UTM telah di laporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Pelajar tersebut yang menunggang motosikal dikatakan mengalami kemalangan dengan sebuah kereta sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Pelajar telah mendapat rawatan di Hospital Pusrawi sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 11 Jan 2022 sebelum di benarkan keluar pada 26 Mac 2022. Sehubungan dengan itu, pada 16 Oktober 2022, pihak UHEPA telah berkunjung ke rumah pelajar tersebut di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Kepong bagi menyerahkan sedikit sumbangan kewangan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan UHEPA

PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN JALAN RAYA: ANDI MOHAMAD ABDUL FATTAH BIN AGUS

16 Oktober 2022

Pihak UHEPA telah menerima satu pemakluman di mana seorang pelajar Diploma SPACE UTM telah mengalami kemalangan jalan raya pada 21 April 2022 yang melibat motosikal yang ditunggang oleh pelajar tersebut.

Pelajar tersebut telah mendapatkan rawatan di Columbia Asia Hospital, Cheras dan telah dibenarkan keluar pada 3 Mei 2022. Oleh kerana keluarga pelajar tinggal di Sabah, pada 4 Mei 2022, pelajar tersebut telah dibawa pulang ke Sabah dan kemudian di masukkan ke Jesselton Medical Centre untuk rawatan selanjutnya. Sehubungan dengan itu, pada 16 Oktober 2022, pihak UHEPA sebagai unit yang menjaga kebajikan pelajar telah melawat beliau yang telah memulakan kembali pengajian beliau bagi menyerahkan sedikit sumbangan bantuan kewangan kepada pelajar tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan UHEPA bertempat di rumah sewa pelajar di Cheras.

PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN SEMASA MERDEKA PARADE UTMKL: MUHAMMAD HAZMAN BIN SAMSUDIN

13 Oktober 2022

Pada 15 September 2022, seorang pelajar Diploma SPACE UTM telah mengalami kecederaan sewaktu mengadakan persembahan silat bagi Program Penutup Semarak Merdeka, Merdeka Parade UTM Kuala Lumpur.

Pelajar tersebut telah menerima rawatan di Hospital KPJ Selangor di mana pelajar telah di sahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament dan pembedahan telah dilakukan pada 19 September 2022. Sehubungan dengan itu, pihak UHEPA sebagai unit yang menjaga kebajikan pelajar telah menyerahkan sedikit sumbangan bantuan kewangan kepada pelajar tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan UHEPA bertempat di Pejabat UHEPA, UTM Kuala Lumpur.

MAJLIS ALUAN PELAJAR SARJANA MUDA SEPARUH MASA UTM SESI 2022/2023

2 Oktober 2022

Telah berlangsung satu Majlis Aluan Pelajar bagi meraikan kehadiran pelajar baharu program Sarjana Muda Separuh Masa UTM bagi Semester I sesi 2022/2023.

Seramai 500 orang pelajar baharu telah di raikan pada majlis yang telah di adakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan juga Blackboard. Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE yang juga merupakan Pengerusi SPACE telah berbesar hati untuk telah meluangkan sedikit masa memberikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut. Selain itu juga, pelbagai taklimat telah di adakan sepanjang majlis ini berlangsung. Antaranya adalah taklimat berkaitan dengan PTPTN, skim perlindungan takaful insurans, peraturan kewangan UTMSPACE, pembelajaran dalam talian, taklimat perpustakaan, taklimat berkaitan perkhidmatan ICT dan juga taklimat berkaitan dengan akademik. Taklimat ini talah disampaikan oleh wakil setiap pusat, bahagian dan unit. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM bagi Sesi 2022/2023.

MELAWAT PELAJAR DIPLOMA YANG MENGALAMI KEMALANGAN JALAN RAYA: MOHAMAD HADIF NAJMI BIN MOHAMMAD HOFNI

18 Ogos 2022

Pada 17 Ogos 2022, pihak UHEPA menerima pemakluman bahawa seorang pelajar program diploma SPACE UTM telah mengalami kemalangan jalan raya.

Mohammad Hadif bin Mohammad Hofni yang merupakan pelajar program Diploma Ukur Bahan telah mengalami kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat latihan industri di Puchong. Pelajar telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. Sehubungan dengan itu, pihak UHEPA telah mewakili UTMSPACE telah melakukan kunjungan ke kediaman pelajar tersebut di Puchong, Selangor pada 18 Ogos 2022 untuk melawat dan melihat keadaan pelajar tersebut. Pihak UHEPA telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga pelajar tersebut dan mendoakan agar cepat sembuh.

MAJLIS ALUAN PELAJAR ASASI, DIPLOMA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA UTM SESI 2022/2023

13 Ogos 2022

Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima kehadiran pelajar baharu bagi program Asasi, Diploma Sepenuh Masa dan Separuh Masa.

Bagi meraikan kehadiran pelajar baharu ini, Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA) UTMSPACE telah mengadakan Majlis Aluan Pelajar yang telah di adakan secara dalam talian. Majlis ini telah di adakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan juga Blackboard. Prof. Ts Dr. Nazri bin Ali yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE merangkap Pengerusi SPACE UTM telah meluangkan sedikit masa memberikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut. Selain itu juga, pelbagai taklimat telah di adakan sepanjang majlis ini berlangsung. Antaranya adalah taklimat berkaitan dengan PTPTN, skim perlindungan takaful insurans, peraturan kewangan UTMSPACE, pembelajaran dalam talian dan juga taklimat berkaitan dengan akademik. Taklimat ini talah disampaikan oleh wakil setiap pusat, bahagian dan unit. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Asasi, Diploma Sepenuh Masa dan Separuh Masa UTM bagi Sesi 2022/2023.

PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN PELAJAR KEMALANGAN JALAN RAYA

8 Ogos 2022

Pihak Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA) UTMSPACE telah menerima pemakluman di mana seorang pelajar program diploma SPACE UTM, Natasya Syamimi binti Saiful Izan telah mengalami kemalangan jalan raya.

Pelajar tersebut telah mengalami kemalangan motosikal pada 23 April 2022 dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Seri Majung. Sehubungan dengan itu, pihak UHEPA telah menyerahkan sedikit sumbangan bantuan kewangan kepada pelajar tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan UHEPA bertempat di Pejabat UHEPA, UTM Kuala Lumpur.

TAKLIMAT PELAJAR KANAN TAHUN 2022

3 Julai 2022

Pada 3 Julai 2022, Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA) UTMSPACE telah mengadakan satu taklimat untuk pelajar kanan SPACE UTM.

Taklimat yang di jalankan secara dalam talian ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar di bawah pengurusan SPACE tentang perkhidmatan yang di sediakan oleh pihak universiti kepada mereka. Taklimat ini diadakan pada setiap tahun yang melibat keseluruhan pelajar di bawah program pengurusan SPACE UTM iaitu program Asasi, Diploma Sepenuh Masa, Diploma Separuh Masa, Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dan juga Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa. Antara pengisian program ini adalah taklimat berkenaan PTPTN, Skim Perlindungan Takaful Insurans, peraturan kewangan UTMSPACE, MUET dan juga hospitaliti. Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil setiap bahagian, unit dan juga pusat tanggungjawab yang bertanggung jawab dalam urusan yang berkenaan. Taklimat ini bertujuan bagi memaklumkan kepada pelajar tentang hak mereka sebagai pelajar yang berdaftar di bawah pengurusan SPACE serta sebagai salah satu cara pihak UTMSPACE. Taklimat ini juga merupakan satu platform untuk pihak UTMSPACE menjawab persoalan yang dihadapi oleh para pelajar terutama pelajar separuh masa.

MENYANTUNI KELUARGA PELAJAR DIPLOMA UTM (SEPENUH MASA) YANG MENINGGAL DUNIA: MUHAMMAD HAMIZAN BIN QHAIRUDDIN

20 Jun 2022

Pada 30 Mei 2022, pihak UHEPA telah menerima pemakluman di mana seorang pelajar Diploma UTM (sepenuh masa) telah meninggal.

Pelajar tersebut adalah Allahyarham Muhammad Hamizan bin Qhairuddin yang merupakan pelajar tahun 1 bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal telah di sahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Muar, Johor. Sehubungan dengan itu, pihak UHEPA selaku wakil UTMSPACE telah menziarahi keluarga Allahyarham pada 20 Jun 2022 di Taman Permata Indah, Sungai Abong, Muar. Turut sama dalam sesi ziarah tersebut adalah wakil daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTM JB. Sedikit sumbangan daripada pihak UTMSPACE telah diserahkan kepada keluarga Allahyarham yang telah disempurnakan oleh Eksekutif Kanan Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA). Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

PERJUMPAAN WAKIL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) DIPLOMA UTM BERSAMA PENGURUSAN SPACE UTM

10 Jun 2022

Pada 10 Jun 2022, satu perjumpaan di antara pihak Pengurusan SPACE UTM telah di adakan bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Diploma dan Asasi UTM.

Perjumpaan ini telah di adakan secara hybrid di Bilik Lembaga Pengarah, UTMSPACE, Residensi UTM KL dan juga secara dalam talian. Pelbagai isu telah dibawa oleh pihak MPP untuk dibincangkan bersama dan antaranya adalah kaedah pembelajaran pada semester hadapan, memperhalusi semula masa pembelajaran, penggabungan kelas bagi pelajar tempatan dan antarabangsa, pelanjutan rebat yuran dan juga menaik taraf sistem Blackboard. Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali selaku Pengerusi SPACE UTM ini turut di hadiri oleh Timbalan Pengerusi (Akademik), Timbalan Pengerusi (Pembangunan), Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma (PPD), Pengurus Besar Pusat Pengajian Ijazah dan Asasi, Pengurus Kanan Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UHEPA, wakil Bahagian Kewangan UTMSPACE Kuala Lumpur serta wakil daripada Bahagian Aset dan Fasiliti UTMSPACE KL. Perjumpaan ini merupakan salah satu platform yang diadakan setiap tahun bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada wakil pelajar berkaitan dengan masalah kebajikan, aktiviti dan juga akademik pelajar SPACE dan seterusnya membantu pihak pengurusan SPACE UTM dan juga UTMSPACE dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menjaga kebajikan dan juga akademik pelajar SPACE UTM.

MENYANTUNI KELUARGA PELAJAR DIPLOMA UTM (SEPENUH MASA) YANG KEHILANGAN IBU : NOR BATRISYIA ZAKIRAH BINTI ZULKIFLI

21 APRIL 2022

Pada 22 Mac 2022, pihak UHEPA telah menerima pemakluman tentang kematian ibu kepada salah seorang pelajar Diploma UTM Kuala Lumpur, Nur Batrisyia Zakirah binti Zulkifli yang merupakan pelajar tahun 2 bagi program Diploma Ukur Tanah.

Ibu pelajar tersebut telah meninggal dunia pada 20 Mac 2022 akibat daripada kanser usus. Sehubungan dengan itu, pihak UHEPA selaku wakil UTMSPACE telah menziarahi keluarga pelajar tersebut pada 21 April 2022 di Setapak, Kuala Lumpur. Sedikit sumbangan bantuan kewangan telah di serahkan kepada pelajar tersebut yang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan UHEPA. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

MENYANTUNI KELUARGA PELAJAR DIPLOMA UTM (SEPENUH MASA) YANG KEHILANGAN IBU : NOR BATRISYIA ZAKIRAH BINTI ZULKIFLI

21 APRIL 2022

Pada 22 Mac 2022, pihak UHEPA telah menerima pemakluman tentang kematian ibu kepada salah seorang pelajar Diploma UTM Kuala Lumpur, Nur Batrisyia Zakirah binti Zulkifli yang merupakan pelajar tahun 2 bagi program Diploma Ukur Tanah.

Ibu pelajar tersebut telah meninggal dunia pada 20 Mac 2022 akibat daripada kanser usus. Sehubungan dengan itu, pihak UHEPA selaku wakil UTMSPACE telah menziarahi keluarga pelajar tersebut pada 21 April 2022 di Setapak, Kuala Lumpur. Sedikit sumbangan bantuan kewangan telah di serahkan kepada pelajar tersebut yang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan UHEPA. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

MELAWAT KELUARGA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM YANG MENINGGAL DUNIA : MOHAMMAD HAMKA BIN M HALIL

27 MAC 2022

Pada 16 Februari 2022, pihak UHEPA telah mendapat pemakluman berkaitan dengan kematian seorang pelajar ijazah sarjana muda (separuh masa) UTM.

Allahyarham Mohammad Hamka bin M Halil yang merupakan pelajar program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) telah di laporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Kejadian berlaku pada 8 Februari 2022 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Sebagai unit yang bertanggung jawab berkaitan dengan kebajikan pelajar, wakil daripada UHEPA dan Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE UTM, PPSM telah melawat keluarga waris pelajar tersebut pada 27 Mac 2022. Sedikit sumbangan telah diserahkan kepada waris pelajar yang telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan UHEPA. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

MELAWAT KELUARGA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM YANG MENINGGAL DUNIA : MOHAMAD AMMAR IZHWAN BIN MOHD ZAIN

27 MAC 2022

Seorang pelajar ijazah sarjana muda (separuh masa) UTM telah dilaporkan meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalan raya.

Allahyarham Mohamad Ammar Izhwan bin Mohd Zain merupakan pelajar bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 8 April 2021. Pemakluman tentang kematian pelajar tersebut telah di terima oleh pihak UHEPA pada 19 April 2021. Sehubungan dengan itu, wakil daripada UHEPA dan Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE UTM, PPSM telah melawat keluarga waris pelajar tersebut pada 27 Mac 2022. Sedikit sumbangan telah diserahkan kepada waris pelajar yang telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan UHEPA. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

MELAWAT PELAJAR DIPLOMA YANG MENGALAMI KEMALANGAN JALAN RAYA: MOHD ZUKHAIRI BIN MOHD NOR

26 MAC 2022

Pada 13 Februari 2022, pihak UHEPA menerima pemakluman bahawa seorang pelajar SPACE daripada program ijazah sarjana muda (separuh masa) UTM telah mengalami kemalangan jalan raya.

Mohd Zukhairi b Mohd Nor merupakan pelajar daripada program Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Dan Keselamatan Komputer). Menerusi pemakluman yang diterima, pelajar telah mengalami pendarahan dalam kepala serta kecederaan dalam perut (saluran esophagus). Beliau telah menjalani pembedahan pada 4 Februari 2022 dan telah di tempatkan di ICU selama 6 hari. Buat masa ini, pelajar telah di benarkan pulang ke rumah. Oleh yang demikian, pihak UHEPA telah mewakili UTMSPACE telah melakukan kunjungan ke kediaman pelajar tersebut di Puchong, Selangor pada 26 Mac 2022 untuk melawat dan melihat keadaan pelajar tersebut. Pihak UHEPA telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga pelajar tersebut dan mendoakan agar cepat sembuh.

MELAWAT KELUARGA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM YANG MENINGGAL DUNIA: MOHAMAD ZULFADLI BIN ABDUL SAMAD

25 MAC 2022

Seorang pelajar ijazah sarjana muda (separuh masa) UTM telah meninggal dunia akibat daripada jangkitan Covid-19.

 Pelajar tersebut adalah Allahyarham Mohamad Zulfadli bin Abdul Samad merupakan pelajar bagi program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah. Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia pada 29 Ogos 2021 dan pihak UHEPA telah menerima pemakluman tentang kematian Allahyarham pada hari yang sama. Sehubungan dengan itu, UHEPA yang mewakili UTMSPACE telah menziarahi waris keluarga pelajar pada 25 Mac 2022 di Kuala Terengganu. Sedikit sumbangan dan juga cenderahati telah diserahkan kepada waris keluarga Allahyarham yang telah disempurnakan Pengurus Kanan UHEPA. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

MELAWAT KELUARGA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM YANG MENINGGAL DUNIA: MUHAMMAD HASSAN B MOHAMED GHANI

24 MAC 2022

Seorang pelajar program ijazah sarjana muda (separuh masa) UTM telah dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya pada 19 Februari 2022.

Setelah 17 hari bertarung nyawa, pelajar tersebut telah disahkan meninggal dunia pada 9 Mac 2022 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Pelajar tersebut adalah Allahyarham Muhammad Hassan bin Mohamed Ghani yang merupakan pelajar bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik). Sebagai unit yang menjada kebajikan pelajar, UHEPA sebagai wakil UTMSPACE telah menziarahi keluarga Allahyarham di Pulau Pinang pada 24 Mac 2022. Pihak UHEPA telah meluangkan masa selama 30 minit bersama keluarga Allahyarham dan sedikit sumbangan telah di serahkan kepada waris pelajar oleh Pengurus Kanan UHEPA. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

PROGRAM : MINGGU MESRA MAHASISWA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) SESI 2021/2022

14 – 16 Mac 2022

Sesi pendaftaran pelajar baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa bagi program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa UTM telah di adakan pada 14-16 Mac 2022.

Seramai 40 orang pelajar baru bagi program UTM-IDP, BBA dan BGS telah mendaftar dan mengikuti Minggu Mesra Mahasiswa yang telah di laksanakan secara dalam talian. Pelbagai sesi taklimat telah di rangka bagi mengisi program tersebut bermula pada 14 Mac 2022 dengan taklimat “Go To Faculty” yang telah di diadakan oleh Pusat Pengajian Ijazah dan Asasi, SPACE UTM. Pada hari kedua pula, program diteruskan lagi dengan sesi bersama pihak pengurusan UTMSPACE dan beberapa taklimat penting. Antara pengisian majlis pada hari kedua adalah ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Prof. Dr. Azlan bin Ab Rahman, Pengerusi SPACE UTM, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali dan juga Pengurus Besar Pusat Pengajian Ijazah dan Asasi. Selain itu juga, beberapa taklimat penting turut diadakan pada majlis tersebut iaitu taklimat kewangan, taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar, taklimat pembelajaran dalam talian dan diakhiri dengan taklimat program. Pada hari terakhir program, para pelajar baharu telah mengikuti taklimat berkaitan dengan perkhidmatan yang di sediakan oleh pihak UTM sepanjang tempoh pengajian dan program ini telah diakhiri dengan taklimat daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTM bagi pelajar tempatan manakala taklimat daripada UTMI bagi pelajar antarabangsa. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UTM bagi Sesi 2021/2022.

PROGRAM : MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM SESI 2021/2022

6 Mac 2022

Pada 6 Mac 2022, seramai 380 orang pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah di raikan dalam Majlis Aluan Pelajar.

Majlis ini di adakan sempena mengalu-alukan kehadiran pelajar baru yang telah di adakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex dan juga Blackboard. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Prof. Dr. Azlan bin Ab Rahman telah meluangkan sedikit masa bagi sama-sama mengalukan kehadiran pelajar baharu ini di mana beliau telah menitipkan beberapa pesanan yang penting iaitu Focus on your one single mission, no short-cut to success – work hard & work smart, be grateful to your parents, respect your teachers, take good care of your self, make new friend while you can dan akhir sekali seek help when you need it. Turut serta dalam majlis ini adalah Pengerusi SPACE UTM, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali yang mengambil kesempatan memberikan sedikit ucapan alu-aluan bagi meraikan pelajar baharu tersebut. Pelbagai taklimat penting telah di adakan sepanjang majlis ini antaranya ialah taklimat peraturan akademik, taklimat kewangan, taklimat MUET, taklimat PTPTN dan perlindungan insurans pelajar serta taklimat pembelajaran dalam talian. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda (Separuh Masa) UTM bagi Sesi 2021/2022.

 

MELAWAT KELUARGA PELAJAR DIPLOMA UTM YANG MENINGGAL DUNIA: ILHAN NABIL BIN ZAINAL SHARIFF

29 JANUARI 2022

Pihak UHEPA telah menerima pemakluman akan kematian seorang pelajar diploma sepenuh masa UTM yang bernama Ilhan Nabil bin Zainal Shariff akibat kemalangan jalan raya pada 28 Januari 2022.

Beliau merupakan pelajar tahun 2 program Diploma Ukur Bahan. Sehubungan dengan itu, pihak UHEPA selaku wakil kepada UTMSPACE telah menziarahi keluarga Allahyarham pada 29 Januari 2022 di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Turut sama dalam sesi ziarah tersebut adalah Pengurus Besar dan juga ketua program Diploma Ukur Bahan, Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM. Sedikit sumbangan daripada pihak UTMSPACE telah diserahkan kepada keluarga Allahyarham yang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM. Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Tel : 03 – 2728 6570/6571/6555 (Kuala Lumpur) / 07-531 8027 (Johor Bahru) / 07-531 6022 (Alumni)
HP : 013 – 274 2012 / 017 – 377 2077 / 013 – 277 7214
Emel : hepspace@utmspace.edu.my (Hal Ehwal Pelajar), alumni@utmspace.edu.my (Alumni)

Aduan/Maklumbalas Pelajar