+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Program Pemerkasaan Wanita : Ceramah Palet Warna Terbaik Anda

Kuala Lumpur, 18 Nov 2025 – Program Pemerkasaan Wanita : Ceramah Palet Warna Terbaik Anda di Kampus UTMKL

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM telah menganjurkan Program Pemerkasaan Wanita: Ceramah Palet Warna Terbaik Anda yang melibatkan penyertaan staf SPACE UTM. Program ini telah diadakan di Dewan Seminar, Residensi UTMKL sebagai salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kelestarian  SPACE  UTM.  Seramai  50  orang  staf telah  hadir  bagi  menjayakan  program tersebut. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Puan Atikah Razali, merupakan seorang Certified Professional Image Consultant (CPIC) dari Leap Leadership Academy. Program ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada para staf mengenai kepentingan penjagaan imej diri, khususnya dalam pemilihan palet warna yang sesuai, bagi membantu meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuhkan imej profesional dalam persekitaran kerja.

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan pembelajaran berasaskan kemahiran dalam penjagaan imej bagi membantu staf membina keyakinan diri, memperkukuhkan jati diri serta menyerlahkan penampilan yang yakin dan profesional (SDG 4: Quality Education ; SDG

5 :Gender Equality). Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan harga diri serta kesejahteraan emosi supaya individu menjadi lebih positif dan produktif melalui penampilan yang kemas, bersih dan profesional (SDG 3: Good Health and Well-Being).

Sepanjang sesi berlangsung, penceramah telah berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman berkaitan kepentingan imej profesional dalam dunia pekerjaan. Antara pengisian yang disampaikan termasuklah kepentingan penampilan diri yang kemas, pemilihan kod warna yang sesuai dengan tona kulit, etika berpakaian yang sesuai di tempat kerja, , dan komunikasi yang berkesan dalam membina imej profesional. Para peserta juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah melalui sesi perkongsian pengalaman dan perbincangan. Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang positif kepada para peserta dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan imej profesional. Penampilan yang kemas dan profesional bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, malah membantu membentuk persepsi positif serta meningkatkan kesejahteraan emosi dan produktiviti dalam kalangan staf. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu memperkukuhkan pembangunan diri dan imej profesional dalam kalangan warga organisasi.

UTM Open Day