+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Program Makanan Percuma Untuk Pelajar di Kampus UTMKL

Kuala Lumpur, 6 November 2025 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, SPACE UTM telah menjayakan program Makan Percuma kepada pelajar di Kampus UTMKL. Program ini adalah merupakan inisiatif Jawatankuasa Kelestarian SPACE UTM. Sebanyak 200 pek makanan telah diagihkan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan akhir pada 3 – 6 November 2025 di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur. Program ini juga telah dijayakan oleh beberapa orang staf UTMSPACE yang turut membantu mengagihkan pek makanan kepada pelajar.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan sokongan makanan percuma bagi membantu pelajar yang berhadapan dengan masalah kelaparan atau kekangan kewangan (SDG 2: Zero Hunger), mengurangkan tekanan mental dan emosi dalam kalangan pelajar akibat kekurangan makanan, serta meningkatkan kebajikan pelajar dengan memastikan akses kepada makanan berkhasiat dan seimbang (SDG 3: Good Health and Well-Being) dan menyokong agenda kelestarian universiti dengan melaksanakan intervensi sosial yang berkaitan dengan kesejahteraan komuniti kampus. (SDG 11: Sustainable Cities and Communities). Program Makan Percuma ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan menyediakan sokongan makanan berkhasiat kepada pelajar yang menduduki peperiksaan akhir, terutamanya mereka yang berhadapan dengan kekangan kewangan. Program ini juga menunjukkan keberkesanan intervensi sosial dalam menyokong pelajar dan memperkukuh budaya kepedulian dalam kampus.

UTM Open Day