+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Program Makanan Percuma Kepada Staf Di Kampus UTMKL

Kuala Lumpur, 21 November 2025 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan Program Makan Percuma kepada staf di Kampus UTM Kuala Lumpur (UTMKL). Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Kelestarian SPACE UTM.

Sebanyak 50 pek makanan telah diagihkan kepada staf selepas acara Briskwalk yang berlangsung pada 20 November 2025 di Hadapan Blok H, Kampus UTMKL. Program ini bertujuan untuk menjaga kebajikan staf melalui penyediaan makanan percuma yang mencukupi, selamat dan berkhasiat, selaras dengan SDG 2: Zero Hunger.

Selain itu, inisiatif ini turut menyokong SDG 3: Good Health and Well-Being dengan membantu mengekalkan tahap  kesihatan  fizikal,  mengurangkan  keletihan  serta  tekanan  emosi,  sekali  gus menyumbang kepada kesejahteraan mental dan produktiviti staf di tempat kerja.

Pelaksanaan program ini juga mencerminkan komitmen SPACE UTM dalam menyokong agenda kelestarian universiti melalui intervensi sosial yang memfokuskan kesejahteraan komuniti kampus, selaras dengan SDG 11: Sustainable Cities and Communities.

Program makanan percuma ini turut memberi peluang kepada staf untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja dalam suasana yang positif dan inklusif, di samping menggalakkan penglibatan aktif staf dalam inisiatif kebajikan dan aktiviti kelestarian yang disokong oleh organisasi.

UTM Open Day