14 Mei 2026, khamis , Sesi Santai Kopi bersama pengurusan SPACE UTM, Majlis Perwakilan Pelajar serta pelajar-pelajar SPACE UTM Kampus Kuala Lumpur telah berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni.
Program ini menjadi platform santai bagi menyantuni warga pelajar, mendengar pandangan serta memperkukuh hubungan dua hala antara pihak pengurusan dan mahasiswa. Sesi seumpama ini turut mencerminkan komitmen SPACE UTM dalam membina persekitaran pembelajaran yang inklusif, prihatin dan berorientasikan kesejahteraan pelajar.
Turut hadir menyantuni para pelajar ialah Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE UTM; Prof. Madya Dr. Kamaluddin bin Yusof, Timbalan Dekan Akademik; Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Timbalan Dekan Pembangunan; serta barisan pengurusan SPACE UTM.
Semoga sesi santai ini terus menjadi wadah bermakna dalam memperkukuh semangat kebersamaan, komunikasi dan sinergi antara pengurusan SPACE UTM dengan warga pelajar.












