+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Sumbangan Kebajikan Tabung Endowmen Utmspace Pelajar Kemalangan

2 Januari 2025 – Satu sesi penyerahan sumbangan kebajikan Tabung Endowmen UTMSPACE kepada Nur Syaza Aqrisya binti Hilmi telah di adakan. Pelajar program diploma sepenuh masa tersebut telah mengalami kemalangan sewaktu menyertai pertandingan bola jaring dalam Kejohanan Sukan Mahasiswa 2024 yang diadakan pada 26-27 Oktober 2024. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan pelajar mengalami patah jari. Sehubungan dengan itu,pihak BHEPA sebagai unit yang menjaga kebajikan pelajar telah menyerahkan sedikit sumbangan kebajikan kepada pelajar tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan BHEPA pada bertempat di Pejabat BHEPA, UTM Kuala Lumpur.