+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

SUMBANGAN BANTUAN KEWANGAN TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE KEPADA PELAJAR TERJEJAS BANJIR

4 September 2025 – UTMSPACE telah menyalurkan sumbangan bantuan kewangan kepada empat orang pelajar yang terjejas akibat musibah banjir baru-baru ini. Penerima bantuan tersebut ialah:

  • Luqmanul Hakim Bin Hisyamudin (Pelajar Sarjana Muda Sepenuh Masa)
  • Sowntarya A/P Mohanasundaram (Pelajar Sarjana Muda Sepenuh Masa)
  • Nurin Athirah Binti Ramlan (Pelajar Sarjana Muda Separuh Masa)
  • Raja Nordania Natasha Binti Raja Adnan (Pelajar Sarjana Muda Separuh Masa)

Sumbangan telah disampaikan oleh Ts. Nik Maria binti Nik Mahammod, Pengarah Pembagunan/Timbalan Dekan Pembangunan SPACE UTM, sebagai simbol sokongan dan dorongan kepada para pelajar agar terus bersemangat dalam meneruskan pengajian.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UTMSPACE dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar, serta memperkukuh semangat solidariti dan empati dalam kalangan komuniti kampus.