15 & 16 Oktober 2025 | Johor Bahru. UTMSPACE Johor Bahru menjadi tumpuan apabila lebih 1,000 pelajar Asasi dan Diploma diraikan dalam Majlis Penyerahan Cenderahati Pelajar Semester 1 Sesi 2025/2026 yang berlangsung selama dua hari, bermula 15 hingga 16 Oktober 2025.
Majlis ini bertujuan menghargai kehadiran pelajar baharu serta mengeratkan hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan UTMSPACE. Seramai 687 pelajar Asasi dan 417 pelajar Diploma hadir secara berperingkat bagi menerima cenderahati istimewa berupa T-shirt rasmi UTM, lanyard, botol air dan bekas makanan.
Program yang dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini berlangsung dalam suasana penuh meriah dan bermakna, dengan kehadiran pelajar yang menunjukkan semangat kebersamaan dan rasa bangga terhadap identiti serta jenama UTM dan UTMSPACE.
Majlis ini turut mencerminkan komitmen UTMSPACE dalam memperkukuh pengalaman pelajar serta mempertingkatkan semangat kekitaan sebagai sebahagian daripada komuniti Universiti Teknologi Malaysia.




