29 Oktober 2025 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) UTMSPACE telah mengadakan lawatan ziarah ke atas seorang pelajar program separuh masa, Masnoon binti Dzulkiflee, yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 25 Mei 2025 yang lalu.
Sesi ziarah ini diketuai oleh Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi,Pengurus Kanan BHEPA, dan sebagai tanda keprihatinan pihak UTMSPACE terhadap kebajikan pelajar serta untuk meninjau keadaan semasa beliau. Lawatan ini juga bertujuan memberi sokongan moral kepada pelajar selain menyampaikan sumbangan kebajikan daripada Tabung Endowmen UTMSPACE bagi meringankan beban yang ditanggung.
Dalam sesi lawatan tersebut, Pengurus Kanan BHEPA menyatakan bahawa program ziarah seperti ini merupakan salah satu inisiatif UTMSPACE dalam memupuk semangat prihatin dan kasih sayang antara universiti dan pelajar. Pihak UTMSPACE turut mendoakan agar pelajar berkenaan dikurniakan kesembuhan dan dapat kembali meneruskan pengajian seperti sediakala.

