+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE SESI IV 2025

9 Disember 2025 – Majlis Penyampaian Tabung Endowmen UTMSPACE telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian. Penganjuran majlis ini bertujuan meraikan para pelajar yang layak menerima bantuan serta menjadi salah satu inisiatif UTMSPACE dalam menyokong kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ybrs. Prof. Dr. Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, yang dalam ucapannya menegaskan komitmen institusi dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar serta memastikan setiap individu berpeluang merealisasikan impian pendidikan mereka. Beliau turut menekankan bahawa bantuan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berusaha gigih mencapai kecemerlangan. Selain itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang terus memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif ini.
Pada majlis berkenaan, seramai 32 orang pelajar telah menerima dermasiswa dengan jumlah keseluruhan bernilai RM18,500.00. Penyampaian dermasiswa ini diyakini dapat membantu meringankan beban kewangan pelajar sekali gus memberi dorongan tambahan untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam pengajian.
Penganjuran ini sekali lagi membuktikan peranan signifikan Tabung Endowmen sebagai platform strategik dalam menyokong agenda pendidikan UTMSPACE serta memastikan kesinambungan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE Sesi IV 2025, dan semoga kejayaan terus mengiringi langkah mereka pada masa akan datang.

UTM Open Day