9 Februari 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), UTMSPACE telah mengadakan sesi ziarah ke kediaman waris Allahyarham Shahrul Nizwan bin Ismail, pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (Separuh Masa) SPACE UTM yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.
Sesi ziarah tersebut diketuai oleh Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada keluarga Allahyarham. Kehadiran pihak pengurusan mencerminkan komitmen UTMSPACE dalam menjaga kebajikan pelajar dan keluarga mereka, khususnya dalam saat-saat yang penuh ujian dan kesedihan.
Dalam kesempatan tersebut, UTMSPACE merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

