+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

UTMSPACE PRIHATIN : MENYANTUNI KELUARGA PELAJAR YANG TELAH TIADA

9 Februari 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), UTMSPACE telah menerima perkhabaran duka berhubung pemergian seorang pelajar program sarjana muda separuh masa akibat kemalangan jalan raya. Allahyarham Wan Mohd Shahrol bin Wan Latip, pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) SPACE UTM, telah disahkan meninggal dunia pada 30 September 2025 akibat kemalangan tersebut.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral, BHEPA telah menziarahi waris Allahyarham di kediaman mereka di Kuala Selangor. Program ziarah ini adalah sebahagian daripada komitmen UTMSPACE untuk memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara, bukan sahaja sepanjang tempoh pengajian, tetapi juga dalam memberikan sokongan kepada keluarga pelajar yang menghadapi dugaan hidup.
Dalam sesi kunjungan tersebut, Puan Suhaili binti Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan BHEPA yang mewakili UTMSPACE, telah menyampaikan sumbangan kebajikan daripada Tabung Endowmen UTMSPACE kepada waris Allahyarham. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi sedikit kelegaan di saat yang sukar ini.Pihak UTMSPACE menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga serta kenalan Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

UTM Open Day