+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

UTMSPACE PRIHATIN : SUMBANGAN KEBAJIKAN PELAJAR

12 Februari 2026 – Pihak UTMSPACE telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada seorang pelajar yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Pelajar tersebut sedang mengikuti program Diploma Sepenuh Masa UTM tersebut mengalami kecederaan pada bahagian jari dan telah menerima rawatan awal di Pusat Kesihatan Universiti sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma, En. Faizul Azli bin Abdul Ridzab @ Hassan, di pejabat beliau. Sumbangan daripada Tabung Endowmen UTMSPACE ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan pihak universiti terhadap kebajikan pelajar yang ditimpa musibah.

Pihak UTMSPACE sentiasa komited dalam memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian sewajarnya. Semoga pelajar tersebut dikurniakan kesembuhan yang segera dan dapat kembali meneruskan pengajian seperti sediakala.

UTM Open Day