+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Majlis Iftar Perdana Pelajar SPACE UTM 2026 Perkukuh Kebersamaan dan Agenda Kebajikan

2 Mac 2026 | Kuala Lumpur – Majlis Iftar Perdana Pelajar SPACE UTM 2026 yang berlangsung di Masjid UTM Kuala Lumpur telah menjadi platform signifikan dalam menyatukan warga pelajar dan pengurusan dalam suasana penuh keberkatan serta semangat kekeluargaan.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Ybrs. Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE UTM, bersama barisan Pengurusan Tertinggi UTM dan SPACE UTM. Kehadiran kepimpinan tertinggi institusi mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik antara pengurusan dan mahasiswa, di samping menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan pelajar.

Dalam ucapannya, YBrs. Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar menekankan kepentingan nilai kebersamaan, empati dan adab dalam membina komuniti akademik yang progresif dan berdaya tahan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berimpak ini.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan Endowment kepada pelajar yang memerlukan serta sumbangan duit raya sebagai simbol sokongan moral dan komitmen institusi dalam memastikan kesejahteraan mahasiswa sentiasa diberi perhatian. Inisiatif ini memperkukuh lagi peranan SPACE UTM dalam memacu agenda kebajikan yang inklusif dan mampan.

Majlis Iftar Perdana ini bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi manifestasi nilai ihsan dan budaya saling menyokong yang menjadi tunjang komuniti SPACE UTM. Melalui pendekatan yang holistik dan berterusan, SPACE UTM terus komited dalam melahirkan graduan yang cemerlang, berintegriti dan berdaya saing di peringkat nasional mahupun global.

 

UTM Open Day