Johor Bahru, 23 Februari 2026 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor telah menyerahkan sumbangan bantuan kewangan kebajikan sebanyak RM500 setiap seorang kepada dua orang pelajar SPACE UTM yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Penerima bantuan ialah Saudara Sadiy Aihni bin Sarifudin, pelajar Diploma dan Saudara Mok Wenjoo, pelajar Asasi. Sumbangan ini disalurkan melalui Tabung Endowment UTMSPACE sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar.
Semoga kedua-dua pelajar yang terlibat segera sembuh dan kembali meneruskan pengajian dengan penuh semangat.


