25 Julai 2026, Jawatankuasa Kelestarian SPACE UTM telah mengadakan Program Hiking & Plogging for Nature yang bertempat di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Melaka. Program ini telah disertai oleh 20 orang staf Kuala Lumpur. Turut serta dalam program ini ialah Ts. Dr Salina binti Sadeli, Pengurus Kelestarian SPACE UTM.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pendakian setinggi 223 meter dan mengutip sampah sepanjang pendakian ke puncak bukit dan pantai sekitarnya. sebanyak 10.21 kilogram sampah telah berjaya dikumpulkan, sekali gus menunjukkan komitmen peserta dalam menjaga kebersihan sekitar hutan dan pantai.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti hiking dan mengutip sampah, di samping memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan kelestarian biodiversiti serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) antaranya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui aktiviti hiking yang menggalakkan amalan gaya hidup sihat; SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan melalui usaha menjaga kebersihan kawasan hutan dan pantai; SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab melalui kesedaran mengurangkan sampah plastik sekali guna ketika aktiviti luar; serta SDG 15: Kehidupan di Darat melalui usaha memelihara kebersihan persekitaran dan biodiversiti. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen SPACE UTM dalam menyokong agenda kelestarian serta memperkukuh budaya prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan staf dan masyarakat setempat.
Bersih Alam Kita, Sejahtera Generasi Kita!




















