+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) menganjurkan UTM TechnoXplorer 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Arena Al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung, Perak.

Program berimpak tinggi ini bertujuan memberi pendedahan secara hands-on serta menyemai minat mendalam terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah serta komuniti setempat, sekali gus memperkukuh budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan generasi muda.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Yang Berusaha Profesor Ts. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM, Yang Berusaha Profesor Ts. Dr. Intan Zaurah binti Mat Darus; Yang Berusaha Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM, Pegawai Daerah Manjung, Yang Berusaha Tuan Shamsul Ridzuan bin Idris; serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Manjung yang mewakili Pengarah Pendidikan Daerah Manjung, Yang Berusaha Encik Mohd Adam bin Abd Aziz.

Selain penyampaian hadiah kepada para pemenang, karnival ini turut dimeriahkan dengan 10 reruai pameran fakulti UTM, 6 pameran projek STEM pelajar, sesi Pocket Talk, serta pelbagai persembahan daripada pelajar kokurikulum UTM yang berjaya menarik penyertaan dan penglibatan aktif para pengunjung.

Penyertaan SPACE UTM dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam menyokong agenda pendidikan sepanjang hayat serta memperluas akses kepada ilmu, teknologi dan inovasi. Inisiatif seperti ini turut memperkukuh peranan UTM dalam memasyarakatkan sains dan teknologi serta melahirkan modal insan yang berdaya saing, berkemahiran tinggi dan bertaraf dunia.

UTM Open Day