☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

24 Sept 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEPA) telah mewakili SPACE bagi menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada salah seorang pelajar program diploma yang telah kehilangan ayah tercinta.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Suhaili Bt.Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan BHEPA dalam sesi lawatan ringkas bertemu pelajar tesebut. Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif dan tanda keprihatian warga SPACE dalam menjaga kebajikan para pelajar yang ditimpa musibah. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pelajar untuk meneruskan kelansungan pengajian beliau.

Pihak SPACE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pihak SPACE juga meddoakan agar pelajar tersebut terus bersemangat untuk meneruskan pengajian beliau dan tabah menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

UTM Open Day