24 Sept 2026 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), telah mengadakan lawatan ke rumah seorang pelajar yang mengalami masalah kesihatan serius sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikannya.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, penyampaian sumbangan oleh Puan Suhaili Bt.Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan BHEPA, sebagai tanda keprihatinan serta mengutus doa agar pelajar tersebut cepat sembuh dan dapat meneruskan pengajian seperti sedia kala. Kunjungan ini juga menunjukkan bahawa kebajikan pelajar merupakan salah satu keutamaan penting yang di titik beratkan oleh pihak universiti dan tidak terhad kepada aspek akademik semata-mata.
Inisiatif ini mempamerkan keprihatinan berterusan pihak SPACE terhadap kesejahteraan fizikal, emosi, dan kebajikan para pelajar yang memerlukan perhatian khusus.

