+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

FUN BRISK WALK @ UTM KUALA LUMPUR

UTM Kuala Lumpur, 20 November 2025 – Seramai 39 orang staf telah menyertai program Brisk Walk Dalam Kampus yang diadakan di Kampus Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan warga kampus mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang mudah dan menyeronokkan.

Program dimulakan dengan sesi pemanasan badan bagi memastikan peserta bersedia sebelum memulakan aktiviti Brisk Walk. Seterusnya, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ts. Dr. Salina binti Sadeli, Pengurus Kelestarian UTMSPACE Kuala Lumpur, yang menekankan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan warga kerja di samping memupuk budaya hidup sihat di tempat kerja.Para peserta kemudiannya meneruskan aktiviti brisk walk sejauh 2 kilometer mengelilingi kawasan kampus. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada staf untuk melakukan senaman ringan, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan sekerja dalam suasana santai dan sihat.

Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung dan diabetes. Selain itu, program ini juga menyokong keseimbangan antara kerja dan kehidupan serta menyumbang kepada kesejahteraan mental yang lebih baik dalam kalangan staf. Di samping itu, aktiviti ini turut meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan ruang kampus sebagai kawasan rekreasi yang aktif, inklusif dan mesra alam. Program ini juga menyokong amalan gaya hidup rendah karbon melalui aktiviti fizikal yang tidak melibatkan penggunaan kenderaan.

Secara keseluruhannya, program Brisk Walk Dalam Kampus ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3), Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11) serta Tindakan Terhadap Perubahan Iklim (SDG 13) dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat dan lestari dalam kalangan warga UTM Kuala Lumpur.

UTM Open Day