Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, UTMSPACE telah melaksanakan inisiatif pembangunan kebun kampus di sekitar kawasan pejabat di UTM Kuala Lumpur. Inisiatif ini merupakan usaha Jawatankuasa Kelestarian UTMSPACE dalam menyokong agenda kelestarian universiti melalui penyediaan kemudahan tanaman seperti kotak tanaman, rak tanaman serta penanaman pelbagai jenis herba dan sayuran. Aktiviti ini turut melibatkan penyertaan warga kerja UTMSPACE yang bersama-sama menjayakan usaha penghijauan persekitaran kampus.
Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan menggalakkan pewujudan kebun di kawasan universiti bagi meningkatkan kualiti persekitaran dan kesejahteraan warga kampus selaras dengan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan serta SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim. Selain itu, pembangunan kebun ini turut menyokong usaha mewujudkan persekitaran kampus yang lebih lestari serta meningkatkan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar (SDG 4: Pendidikan Berkualiti dan SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab).
Secara keseluruhannya, inisiatif ini memperlihatkan komitmen UTMSPACE dalam memperkukuh agenda kelestarian selaras dengan aspirasi Pelan Induk Hijau UTM (Green Leaf UTM) ke arah membangunkan kampus yang lebih hijau, lestari dan kondusif untuk warga universiti (SDG 11 dan SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat). 🌱💚



