16 Januari 2025 – Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan, SPACE UTM telah menerima kehadiran pelajar baharu bagi program Asasi. Kesemua pelajar baharu tersebut telah di raikan dalam satu Majlis Aluan Pelajar yang telah di adakan secara dalam talian. Pada majlis tersebut, Prof. Ts Dr. Nazri bin Ali selaku Dekan SPACE UTM telah meluangkan sedikit masa bagi mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu. Pelbagai sesi taklimat telah di adakan sepanjang majlis ini berlangsung yang telah di sampaikan oleh wakil daripada bahagian dan pusat tanggungjawab yang berkaitan. Antara pengisian taklimat pada majlis tersebut adalah taklimat peraturan akademik, taklimat pelindungan takaful, taklimat perkhidmatan ICT, taklimat peraturan kewangan, taklimat keselamatan dan sebagainya. UTMSPACE mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Program Asasi UTM bagi Sesi 2024/2025.
Recent Posts
- UTM TechnoXplorer 2026 Pemangkin Minat STEM dan Inovasi Generasi Muda di Perak
- PROGRAM HIKING & PLOGGING FOR NATURE SPACE UTM 2026 @ BUKIT BATU PUTIH
- Strengthening UTM’s Global Partnerships in the Maldives : Courtesy Visit to the High Commission of Malaysia in Colombo
- Strengthening UTM’s Global Partnerships in the Maldives : Visit to Ministry of Education, Maldives
- PROGRAM BRISK WALK DAN PLOGGING SPACE UTM SEMPENA MINGGU BIODIVERSITI UTM 2026
Recent Comments
No comments to show.
