☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

Pada 7 Julai 2026, Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Aluan Pelajar Baharu secara dalam talian bagi menyambut kemasukan pelajar baharu program Asasi dan Diploma Sepenuh Masa bagi Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Menjalankan TUgas Dekan SPACE UTM, Prof. Madya Dr. Kamaludin bin Mohamad Yusof. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu dengan penuh semangat serta motivasi, di samping menyeru mereka agar melangkah ke alam pendidikan tinggi dengan keyakinan, iltizam dan komitmen yang tinggi dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Sesi seterusnya diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh wakil-wakil pusat dan jabatan berkaitan. Taklimat tersebut merangkumi pelbagai aspek penting termasuk struktur akademik, pengurusan kehidupan kampus, perkhidmatan sokongan pelajar serta hal ehwal kebajikan. Para pelajar turut dibekalkan dengan maklumat dan panduan yang diperlukan bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti yang dinamik dan kondusif.

SPACE UTM merakamkan ucapan Selamat Datang kepada seluruh pelajar baharu dan berharap agar mereka dapat menimba ilmu, mengembangkan potensi diri serta mencapai kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan SPACE UTM dalam melahirkan komuniti pelajar yang inklusif, progresif, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

UTM Open Day