☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

13 MAC 2025 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM telah menganjurkan Majlis Aluan Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa bagi Semester 2, Sesi Akademik 2024/2025 secara dalam talian. Majlis ini diadakan bagi meraikan kehadiran seramai 82 orang pelajar baharu yang terdiri daripada 43 pelajar tempatan dan 39 pelajar antarabangsa yang bakal memulakan perjalanan akademik mereka di SPACE UTM.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menyambut kehadiran pelajar baharu di samping memberikan pendedahan awal mengenai persekitaran pembelajaran, sistem akademik, kemudahan serta perkhidmatan sokongan yang disediakan sepanjang tempoh pengajian. Kepelbagaian latar belakang dan budaya dalam kalangan pelajar turut mencerminkan persekitaran pembelajaran SPACE UTM yang inklusif, dinamik dan berorientasikan antarabangsa.

Majlis telah diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Mohd Sharizal bin Sunar, Dekan SPACE UTM, yang menyampaikan kata-kata motivasi dan dorongan kepada para pelajar untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang pendidikan yang ditawarkan. Beliau turut menggalakkan pelajar agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan akademik, membina sahsiah terpuji serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembangunan kendiri sepanjang pengajian.

Selain itu, sesi taklimat turut disampaikan oleh wakil pusat dan jabatan berkaitan bagi memberikan maklumat serta panduan penting berhubung hal ehwal akademik, pengurusan pengajian dan kehidupan kampus.

SPACE UTM mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu Semester 2, Sesi Akademik 2024/2025. Semoga perjalanan pengajian yang bakal ditempuhi menjadi pengalaman bermakna serta membuka ruang kepada pencapaian akademik, pembangunan potensi diri dan kejayaan pada masa hadapan.

UTM Open Day