8 Mac 2025, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan, SPACE UTM talah menerima kehadiran seramai 471 orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda (Separuh Masa) UTM.
Kesemua pelajar baharu ini telah diraikan dalam satu Majlis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara atas talian. Majlis ini dimula dengan ucapan aluan daripada Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE UTM. Seterusnya pelajar turut diberikan taklimat akademik oleh Prof Madya Dr. Kamaludin bin Mohamad Yusof, Pengurus Besar Pusat Pengajian Separuh Masa.
Selain itu pelbagai taklimat turut diadakan sepanjang majlis ini berlangsung. Antara pengisian taklimat pada majlis tersebut adalah taklimat peraturan akademik, taklimat PTPTN, taklimat pelindungan takaful, taklimat perkhidmatan ICT, taklimat peraturan kewangan dan juga taklimat berkaitan dengan akademik. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM bagi Sesi 2 2024/2025.