+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

Pertemuan Santai Pengurusan SPACE UTM Bersama MPP Fakulti SPACE dan Wakil Pelajar Eratkan Hubungan

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2026 – Satu sesi pertemuan santai antara pihak pengurusan SPACE UTM bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan wakil pelajar SPACE UTM Kampus Kuala Lumpur telah berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni baru-baru ini. Program ini menjadi salah satu platform untuk mengukuhkan hubungan, selain membuka ruang perbincangan antara pihak fakulti dengan pelajar.

Pertemuan ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi pandangan, cadangan, aduan serta isu semasa yang dihadapi. Setiap pandangan dan cadangan telah disambut baik oleh pihak pengurusan SPACE UTM, sekali gus menegaskan komitmen mereka dalam memastikan kebajikan serta keperluan pelajar sentiasa diberi perhatian.

Program seumpama ini penting dalam membina hubungan dan komunikasi yang lebih berkesan antara pihak pentadbiran dengan pelajar. Selain merapatkan hubungan, program ini juga membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan inklusif. Program ini telah dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE UTM; Prof. Madya Dr. Kamaluddin bin Yusof, Timbalan Dekan Akademik; Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Timbalan Dekan Pembangunan; serta barisan pengurusan SPACE UTM.

Pada masa yang sama, wakil MPP dan pelajar turut menghargai kesediaan pihak pengurusan untuk mendengar suara mahasiswa secara terbuka dan santai. Mereka berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh kerjasama serta semangat kekitaan dalam kalangan warga SPACE UTM.

UTM Open Day