+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

+607 531 8000 (JB) | +603 2728 6500 (KL) | space@utm.my

PROGRAM FUN HIKING @ TAMAN TUGU TRAIL KL

KUALA LUMPUR, 8 November 2025 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, SPACE UTM telah menganjurkan Program Fun Hiking @ Taman Tugu Trail, Kuala Lumpur sebagai salah satu inisiatif di bawah Jawatankuasa Kelestarian SPACE UTM. Program ini telah disertai oleh seramai 20 orang staf UTM dan UTMSPACE Kuala Lumpur yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti menarik seperti senamrobik, DIY Eco Print, serta aktiviti hiking sejauh 5 kilometer yang merangkumi 30 checkpoint di sekitar laluan Taman Tugu Trail.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja serta membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit, selaras dengan matlamat Sustainable Development Goal (SDG) 3. Selain itu, program ini juga menyokong usaha untuk memupuk keseimbangan antara kerja dan kehidupan, di samping meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan diri

Di samping itu, program ini turut memberi penekanan kepada kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar, selaras dengan SDG 11 yang menekankan pembentukan komuniti yang lebih aktif, inklusif dan lestari. Melalui aktiviti luar seperti ini, peserta juga didedahkan kepada kepentingan mengamalkan gaya hidup rendah karbon dan lebih mesra alam, sejajar dengan aspirasi SDG 13. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan memelihara biodiversiti dan kawasan hutan, serta memupuk rasa tanggungjawab dalam menjaga ekosistem daratan, seperti yang digariskan dalam SDG 15.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Bersama kita menjayakan agenda kelestarian kampus.

UTM Open Day