☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

☎ +607 531 8000 (JB) | ☎ +603 2728 6500 (KL) | ✉ space@utm.my

24 SEPT 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), SPACE telah mengadakan ziarah kebajikan kepada seorang pelajar program asasi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan pihak institusi terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

Dalam sesi ziarah tersebut, pihak SPACE telah menyampaikan sedikit sumbangan bantuan kebajikan kepada pelajar bagi meringankan bebanan yang dihadapi. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Puan Suhaili Bt.Mazlan Huzairi, Pengurus Kanan BHEPA. Sedikit pesanan dan kata-kata semangat telah di berikan sebagai motivasi serta sokongan moral kepada pelajar tersebut.

Pihak SPACE berdoa dan berharap agar pelajar berkenaan diberikan kesembuhan yang segera serta dapat kembali meneruskan pembelajaran seperti biasa.

UTM Open Day