Aktiviti Hal Ehwal Pelajar

Aktiviti 2023

ZIARAH PELAJAR KEMALANGAN : MOHD HANIFF BIN ABDUL HAMID

TARIKH : 10 DESEMBER 2023. Bahagian Hal Ehwal dan Alumni telah menerima pemakluman berkaitan kemalangan seorang pelajar program sarjana muda separuh masa SPACE UTM.

Mohd Haniff bin Abdul Hamid yang merupakan pelajar program Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Elektrik Dan Elektronik) Dengan Kepujian dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada14 Oktober 2023. Oleh yang demikian, BHEPA sebagai unit yang menjaga kebajikan pelajar telah melawat pelajar tersebut bagi menyerahkan sedikit bantuan kewangan yang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan BHEPA . Pihak UTMSPACE mendoakan agar pelajar tersebut sembuh seperti sedia kala.

ZIARAH PELAJAR KEMALANGAN : PAHVITTRAN A/L SUBHRAMANIAM

TARIKH : 9 NOVEMBER 2023. Seorang pelajar program sarjana muda separuh masa SPACE UTM dilaporkan telah mengalami kemalangan di rumah beliau.

PAHVITTRAN A/L SUBHRAMANIAM yang merupakan pelajar bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dikatakan terjatuh sewaktu menuruni tangga dan telah mengakibatkan kaki pelajar tersebut mengalami kecederaan. Hasil pemeriksaan di hospital mendapati kaki pelajar terebut telah patah. Oleh yang demikian, BHEPA sebagai unit yang menjaga kebajikan pelajar telah melawat pelajar tersebut bagi menyerahkan sedikit bantuan kewangan yang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan BHEPA . Pihak UTMSPACE mendoakan agar pelajar tersebut sembuh seperti sedia kala.

MELAWAT KEDIAMAN KELUARGA PELAJAR YANG MENGALAMI KEBAKARAN

Pada 11 Oktoberr 2023, Bahagian Hal Ehwal dan Alumni (BHEPA) UTMSPACE telah menerima pemakluman tentang kebakaran rumah keluar pelajar program sarjana muda separuh masa, Dharshini Devi.

Rumah keluarga pelajar tersebut yang beralamat DT 1444, Jalan Garuda 2, Taman Garuda Kampung Gangsa, 76100 Durian Tunggal, Melaka telah mengalami kebakaran pada 21 September 2023 yang telah memusnahkan pelbagai peralatan elektrik serta dokumen penting peribadi. Kebakaran tersebut telah memusnahkan 60% daripada kediaman keluarga pelajar tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak BHEPA telah melawat keluarga pelajar tersebut di rumah beliau bagi melihat keadaan rumah tersebut. Sewaktu lawatan tesebut, sedikit sumbangan telah diberikan kepada keluarga pelajar tesebut bagi meringankan beban yang di alami oleh mereka.

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR YANG MENGALAMI KECURIAN

TARIKH : 2 NOVEMBER 2023. Bahagian Hal Ehwal dan Alumni UTMSPACE telah menerima pemakluman di mana seorang pelajar program asasi telah mengalami kecurian di Kolej Kediaman Siswa Jaya.

MUHAMMAD IMAN DANIAL BIN MOHAMAD SAIFUL yang merupakan pelajar program asasi SPACE UTM menyedari bahawa bilik beliau telah dimasuki oleh orang lain apabila beliau pulang ke bilik 6 Ogos 2023 dan mendapati bilik beliau tidak berkunci serta terdapat kesan kumpilan pada loker beliau. Laporan telah di lakukan kepada pihak kolej dan juga bahagian keselamatan UTM Kuala Lumpur. Sehubungan dengan kes ini, BHEPA mewakili UTMSPACE telah memberikan sedikit sumbangan kepada pelajar tersebut bagi meringankan beban yang di alami beliau.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UTM

Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima hampir 400 orang pelajar baharu bagi meneruskan pengajian diperingkat Sarjana Muda separuh masa bagi sesi akademik 2023/2024.

Kesemua pelajar ini telah di raikan dalam satu Majilis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian pada 24 September 2023. Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE yang juga menerupakan Pengerusi SPACE telah meluangkan sedikit masa untuk memberikan ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran pelajar baru tersebut. Pelbagai program taklimat yang berkaitan dengan pelajar telah di adakan sepanjang majlis ini. Antara taklimat penting yang telah di adakan dalam majlis ini adalah taklimat peraturan akademik, takliamt kewangan serta pengeluaran KWSP, taklimat PTPTN dan perlindungan Insurans pelajar, perkhidmatan ICT, taklimat perpustakaan dan juga takliamt keselamatan UTM. Kesemua taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada pusat dan jabatan yang berkaitan. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM bagi Sesi 2023/2024.

ZIARAH PELAJAR KEMALANGAN

Pada 1 Ogos 2023, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menerima pemakluman bahawa seorang pelajar program diploma sepenuh masa telah mengalamai kemalagan di dalam kampus.

Muhammad Izzan Naqib bin Zarabizan merupakan pelajar program Diploma Sains Komputer dilaporkan telah terjatuh ketika berjalan menuju ke khemah berdekatan dengan Dataran Ilmu, UTM Kuala Lumpur. Pelajar telah mengalami patah kedua-dua belah lutut serta retak pada bahu telah dihantar untuk menerima rawatan di Hospital KPJ Tawakkal. Sehubungan dengan itu, BHEPA selaku wakil daripada UTMSPACE telah menziarahi pelajar terserbut pada 3 Ogos 2023 di Hospital KPJ Tawakkal yang diketuai oleh Pengurus Kanan BHEPA. Pihak UTMSPACE mendoakan agar pelajar tersebut cepat sembuh dan dapat kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian seperti sedia kala.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA SEPARUH MASA UTM DAN TAKLIMAT PELAJAR KANAN 2023

Pada 30 Julai 2023, Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima kehadiran 21 orang pelajar baharu bagi program Diploma Separuh Masa UTM.

Kesemua pelajar baharu ini telah diraikan dalam Majlis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi webex. Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE yang juga merupakan Pengerusi SPACE telah berbesar hati untuk telah meluangkan sedikit masa memberikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut. Majlis ini juga turut diadakan bersama dengan Taklimat Pelajar Kanan 2023 di mana taklimat-taklimat yang berkaitan dengan pelajar diadakan bersama-sama dengan pelajar kanan SPACE UTM. Taklimat pelajar kanan melinbatkan keseluruhan pelajar di bawah program pengurusan SPACE UTM iaitu program Asasi, Diploma Sepenuh Masa, Diploma Separuh Masa, Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dan juga Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa. Beberapa sesi taklimat talah diadakan sepanjang program ini iaitu taklimat berkenaan PTPTN, Skim Perlindungan Takaful Insurans, peraturan kewangan UTMSPACE, kaunseling, bahagian keselamatan UTM dan juga hospitaliti. Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil setiap bahagian, unit dan juga pusat tanggungjawab yang bertanggung jawab dalam urusan yang berkenaan. Taklimat ini bertujuan bagi memaklumkan serta mengingatkan para pelajar tentang hak mereka sebagai pelajar UTM. Taklimat ini juga merupakan satu platform untuk pihak UTMSPACE menjawab persoalan yang dihadapi oleh para pelajar terutama pelajar separuh masa.

MELAWAT PELAJAR YANG MENGALAMI KEMALAGAN JALAN RAYA

Pada 12 Julai 2023, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah melawat dua orang pelajar SPACE UTM yang telah mengalami kemalangan jalan raya.

Muhammad Lugman Hakim bin Muhammad Sulaiman yang merupakan merupakan pelajar program Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) Dengan Kepujian telah terlibat dalam kemalangan jalan raya 26 Jan 2023. Pelajar telah menerima rawatan dihospital dan kini telah beransur pulih serta telah meneruskan pengajian beliau. Dalam kejadian berasingan pada 23 Feb 2023, Yaeshvaant a/l Selvam yang merupakan pelajar program Diploma Sains Komputer turut ditimpa kemalangan jalan raya. Pelajar tersebut telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan dan luka pada bahagian badan telah mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh. Oleh yang demikian, pihak BHEPA telah mewakili UTMSPACE telah melakukan kunjungan bagi melawat kedua-dua pelajar pelajar tersebut pada 12 Julai 2023 untuk melawat dan melihat keadaan pelajar tersebut. Pihak BHEPA telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar tersebut dan mendoakan agar cepat sembuh.

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE

20 June 2023

Penubuhan Tabung Endowmen merupakan satu inisiatif daripada pihak UTMSPACE yang bertujuan untuk membantu pelajar SPACE UTM yang layak dan berkeperluan untuk menampung yuran pengajian atau menampung aktiviti kebajikan pelajar.

Sejajar dengan tujuan penubuhan tabung itu, satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE telah di adakan pada 20 Jun 2023 secara dalam talian. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan dermasiswa kepada 11 orang penerima yang layak. Penerima dermasiswa ini adalah terdiri daripada pelajar program Asasi, Sarjana Muda Sepenuh masa dan juga Sarjana Muda Separuh Masa. Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah berbesar hati meluangkan sedikit masa bagi menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis ini. Pihak UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE dan berharap agar pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya dermasiswa ini untuk kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

UTMSPACE DAN PERSATUAN CINA MUSLIM HE PING (HPCMS) KONGSI MAKANAN PERCUMA KEPADA PELAJAR DAN STAF

1 June 2023

UTMSPACE meneruskan inisiatif UTMSPACEPrihatin dengan mengadakan agihan makanan percuma kepada pelajar dan juga staf bagi membantu meringankan beban mereka.

Terbaharu pada 1 Jun 2023, UTMSPACE dengan kerjasama daripada Persatuan Cina Muslim He Ping (HPCMS) telah mengagihkan pelbagai jenis roti kepada pelajar dan juga staf. Agihan ini telah di lakukan berhadapan dengan pejabat Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE UTM bermula jam 1.00 tengahari. Inisiatif ini menunjukkan sikap peduli tinggi yang ditunjukkan oleh pihak UTMSPACE dalam berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan terutama sekali para pelajar. Walaupun tidak dapat membantu secara keseluruhan akan tetapi sekurang-kurangnya dengan sumbangan ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar di dalam kampus ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA TABUNG ENDOWMEN UTMSPACE

28 MAC 2023

Tabung Endownmen UTMSPACE talah di wujudkan pada tahun 2021.

Tabung ini diwujudkan bertujuan bagi membantu pelajar SPACE UTM dan Kolej SPACE yang berkelayakan dan berkeperluan untuk menampung yuran pengajian serta menampung aktiviti kebajikan pelajar SPACE UTM yang memerlukan. Pada 28 Mac 2023, satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE telah di adakan secara dalam talian. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE kepada 36 penerima yang layak. Penerima adalah terdiri daripada 9 orang pelajar daripada Kumpulan kelima yang merangkumi pelajar tahun 3, 9 orang penerima daripada kumpulan keenam yang merupakan pelajar tahun 2 dan 18 orang penerima baharu daripada kumpulan ketujuh. Penerima bagi kumpulan kelima dan keenam hanya terdiri daripada pelajar program diploma SPACE UTM serta Kolej SPACE sahaja. Bermula pada tahun 2023, atas dasar keprihatinan UTMSPACE, dermasiswa ini telah diluaskan lagi kepada keseluruhan pelajar SPACE UTM yang terdiri daripada pelajar Asasi, Diploma, Sarjana Muda sepenuh masa dan separuh masa. Pihak UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada penerima Dermasiswa Tabung Endowmen UTMSPACE dan berharap agar pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya dermasiswa ini untuk kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

MENYANTUNI KELUARGA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) SPACE UTM YANG MENINGGAL DUNIA: GERALD REMOS BIN SIDEK

20 MAC 2023

Pada 30 November 2022, pihak BHEPA telah menerima pemakluman di mana seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda (separuh masa) SPACE UTM telah meninggal.

Pelajar tersebut adalah Mendiang Gerald Remos bin Sidek yang merupakan pelajar bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian. Sehubungan dengan itu, pihak BHEPA selaku wakil UTMSPACE telah menziarahi keluarga mendian pada 20 Mac 2023 di Taman Lin Hua, Mukah, Sarawak. Sedikit sumbangan daripada pihak UTMSPACE serta lebihan yuran pengajian telah diserahkan kepada keluarga mendiang yang telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA). Pihak UTMSPACE mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga serta kenalan mendiang.

MELAWAT PELAJAR YANG MENGALAMI KEMALANGAN BERSUKAN: ABDUL HAFIZ BIN MOHD AZREEN

18 MAC 2023

Seorang pelajar program diploma sepenuh masa SPACE UTM dilaporkan telah mengalami kemalangan sewaktu menyertai Sports Festival 2022 yang diadakan pada 31 Oktober sehingga 11 November 2022.

Pelajar tersebut telah mengalami kecederaan sewaktu menyertai pertandingan bola tampar yang berlangsung di Kolej Kediaman Siswa Jaya (KSJ). Pelajar berkenaan telah menerima rawatan di Hospital Tawakal akibat kecederaan Anterior cruciate ligament (ACL). Sehubungan dengan itu, pada 18 Mac 2023, pihak BHEPA sebagai unit yang menjaga kebajikan pelajar telah melawat pelajar tersebut yang kini sedang menjalani latihan industri bagi menyerahkan sedikit sumbangan bantuan kewangan kepada beliau. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan BHEPA bertempat di rumah keluarga pelajar di Johor Bahru. Pihak UTMSPACE mendoakan agar pelajar tersebut sembuh seperti sedia kala.

MELAWAT PELAJAR YANG MENGALAMI KEMALANGAN JALAN RAYA: SYED KHALIL AL-KUDCY

18 MAC 2023

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menerima pemakluman berkenaan kemalangan seorang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa SPACE UTM

Syed Khalil Al-Kudcy merupakan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian telah mengalami kemalangan jalan raya pada 14 Jun 2022. Pelajar mengalami kecederaan agak serius dan telah mendapat rawatan di hospital. Pihak BHEPA UTMSPACE telah menghubungi waris beberapa minggu selepas kejadian dan pelajar telah sedarkan diri dan beransur pulih. Oleh yang demikian, pihak BHEPA telah mewakili UTMSPACE telah melakukan kunjungan ke kediaman pelajar tersebut di Bukit Jelutong, Selangor pada 18 Mac 2023 untuk melawat dan melihat keadaan pelajar tersebut. Pihak BHEPA telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar tersebut dan mendoakan agar cepat sembuh.

MELAWAT PELAJAR MENGALAMI MASALAH KESIHATAN

18 MAC 2023

Pada 28 Oktober 2022, Bahagian Hal Ehwal dan Alumni UTMSPACE telah menerima pemakluman berkatian dengan seorang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa SPACE UTM telah didiagnos menghidap kanser.

Pelajar ini telah menerima rawatan di hospital dan kini dalam proses pemulihan serta rawatan susulan. Sebagai bahagian yang bertanggungjawab dalam urusan kebajikan pelajar, BHEPA selaku wakil UTMSPACE telah mengadakan kunjungan ke rumah pelajar tersebut bagi melihat keadaan pelajar tersebut. Dalam sesi kunjungan tersebut, sedikit sumbangan telah di berikan kepada pelajan dan telah disampaikan oleh Pengurus Kanan BHEPA. Pihak UTMSPACE mendoakan agar pelajar tersebut sembuh seperti sedia kala dan dapat meneruskan pengajiannya di UTM.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UTM SEMESTER II, SESI 2022/2023

16 MAC 2023

Pada 16 Mac 2023, bagi meraikan kehadiran 50 orang pelajar baharu bagi program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UTM, satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Aluan Pelajar telah di adakan.

Majlis yang berlangsung sedara dalam talian melalui aplikasi Webex dan Blackboard telah di isi dengn pelbagai taklimat yang penting berkatian dengan akademik dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh UTM. Pengerusi SPACE UTM yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah meluangkan sedikit masa bagi memberikan ucapan alu-aluan bagi menyambut kehadiran pelajar baharu. Pengurus Besar Pusat Pengajian Ijazah dan Asasi juga turut mengambil peluang memberikan sedikit ucapan alu-aluan pada majlis ini. Pelbagai taklimat penting telah di atur sepanjang majlis ini berlangsung. Antara taklimat penting pada sesi pagi adalah taklimat oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM, taklimat oleh Pusat Kaunseling UTM, taklimat kemudahan dan perkhidmatan ICT oleh UTMDigital, taklimat Perpustakaan UTM, taklimat Pusat Kesihatan UTM dan juga taklimat daripada Bahagian Keselamatan UTM. Pada sesi petang, taklimat diteruskan lagi dengan taklimat Peraturan Kewangan oleh Bahagian Kewangan UTMSPACE, taklimat PTPTN dan perlindungan insurans takaful pelajar, taklimat pelajar antarabangsa dan akhir sekali taklimat pembelajaran dalam talian. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UTM bagi Sesi 2022/2023.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) UTM SEMESTER II, SESI 2022/2023

6 MAC 2023

Seramai 343 orang pelajar baharu program Sarjana Muda Separuh Masa UTM telah mendaftar bagi kemasukan Semester II Sesi 2022/2023.

Kesemua pelajar baharu ini telah diraikan dalam Majlis Aluan Pelajar yang telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Webex. Pengerusi SPACE UTM yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah berbesar hati untuk telah meluangkan sedikit masa memberikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut. Turut bersama pada majlis ini adalah Pengurus Besar Pusat Pengajian Separuh Masa di mana beliau telah memberikan taklimat berkenaan dengan peraturan akademik. Majlis ini juga turut di isi dengan bacaan ikrar oleh pelajar di ikuti taklimat penting berkaitan dengan MUET, peraturan kewangan serta pengeluaran KWSP, PTPTN, perlindungan insurans pelajar, perkhidmatan ICT, perpustakaan UTM dan juga keselamatan. Taklimat ini talah disampaikan oleh wakil setiap pusat, bahagian dan unit. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM bagi Sesi 2022/2023.

 

 

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (SEPARUH MASA) UTM SEMESTER II, SESI 2022/2023

14 JANUARI 2023

Pada 14 Januari 2023, seramai 15 orang pelajar baharu bagi program Diploma Separuh Masa UTM telah di raikan dalam Majlis Aluan Pelajar.

Majlis yang di adakan secara hybrid di Bilik Kuliah 7 dan 8, Residensi UTM KL dan juga melalui aplikasi Webex. Pada majlis tersebut, Pengerusi SPACE UTM yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah meluangkan sedikit masa bagi memberikan ucapan alu-aluan kepada pelajar baharu secara dalam talian. Pengurus Besar Pusat Pengajian Separuh Masa turut mengalukan kedatangan pelajar baharu melalui rakaman video yang telah diputarkan semasa majlis tersebut. Antara pengisian majlis ini adalah bacaan ikrar pelajar, taklimat berkaitan dengan perkhidmatan teknologi maklumat oleh UTMDigital, taklimat perpustakaan, taklimat peraturan kewangan, taklimat PTPTN, taklimat perlindungan insurans pelajar, taklimat MUET dan juga taklimat program serta peraturan akademik. Taklimat ini telah di adakan secara bersemuka dan juga secara dalam talian. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma Separuh Masa UTM bagi Sesi 2022/2023.

MAJLIS ALUAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (SEPENUH MASA) UTM SEMESTER II, SESI 2021/2022

5 JANUARI 2023

Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM telah menerima kehadiran seramai 24 pelajar baharu program Diploma Sepenuh Masa UTM bagi kemasukan Semester II Sesi 2022/2023.

Kesemua pelajar ini talah di raikan dalam Majlis Aluan Pelajar yang telah di adakan secara hybrid di Dewan Kuliah 4, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, Pengerusi SPACE UTM yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri bin Ali telah meluangkan sedikit masa bagi memberikan ucapan alu-aluan kepada pelajar baharu secara dalam talian. Pelbagai taklimat penting yang berkaitan telah disusun sepanjang majlis ini bermula dengan taklimat peraturan akademik yang disampaikan oleh Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma diikuti taklimat daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar, taklimat dari Pusat Kaunseling, taklimat UTMDigital, taklimat Perpustakaan, taklimat dari Pusat Kesihatan Universiti, taklimat Keselamatan, taklimat peraturan kewangan, taklimat PTPTN serta perlindungan insurans, taklimat MUET dan akhir sekali taklimat program. Pada ke esokkan harinya, kesemua pelajar baharu ini telah menghadiri sesi pemeriksaan kesihatan yang telah di aturkan oleh Pusat Kesihatan Universiti. UTMSPACE mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Program Diploma Sepenuh Masa UTM bagi Sesi 2022/2023.

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Tel : 03 – 2728 6570/6571/6555 (Kuala Lumpur) / 07-531 8027 (Johor Bahru) / 07-531 6022 (Alumni)
HP : 013 – 274 2012 / 017 – 377 2077 / 013 – 277 7214
Emel : hepspace@utmspace.edu.my (Hal Ehwal Pelajar), alumni@utmspace.edu.my (Alumni)

Aduan/Maklumbalas Pelajar